Tuesday 21 February 2012

MENTOR-MENTOR KU JUTAWAN MUSLIM!



Salam untuk semua...Moga anda semua berada di bawah lindungan Tuhan. InsyaALLAH.

Entry kali ni, Nisa nak kongsi kegembiraan sepanjang Nisa berniaga korset Premium Beautiful.  Sesungguhnya ALLAH tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Nisa jujurnya sangat bersyukur bila diberi peluang untuk terjun ke dalam bidang perniagaan, terutamanya perniagaan korset Premium Beautiful. Kenapa ya? Kerana Nisa berpeluang berjumpa dengan jutawan-jutawan Muslim yang hebat. 


Sebut sahaja nama Irfan Khairi dan Dr Azizan Osman, Nisa pasti ramai yang kenal mereka, bukan? Dan Nisa pasti ramai yang tahu perjalanan mereka untuk bergelar jutawan. Bukan mudah pada asalnya tetapi dengan sistem, ilmu dan mentor yang baik, mereka kini bergelar jutawan.

Bersama Irfan Khairi ketika beliau menganjurkan sebuah seminar di Kuala Terengganu
Mula mengikuti kelas Dr Irfan Khairi tahun lepas ketika beliau hadir ke Terenganu untuk satu seminar khusus untuk on-line business. Nisa rasa, semua dah tau yang IK merupakan pakar perniagaan internet. IK mendapat RM 1juta beliau yang pertama pada usia yang sangat muda iaitu 25 tahun. Wow! Mengkagumkan! Dan hari ini, IK terus berkongsi tips dan kaedah terbaik untuk menggiatkan pemasaran melalui internet. 

Rezeki mendaftar sebagai peserta Diamond, Nisa berpeluang posing habis dengan Dr Azizan Osman di IMKK
Dulu Nisa seorang yang agak negatif terhadap Dr Azizan Osman. Kenapa? Dulu selalu tengok  banner yang mempromosi seminar-seminar kenali potensi diri yang beliau anjurkan melalui tarikh lahir. Apa yang terdetik dalam hati ketika tu ialah "Khurafat!" Hahaha....tapi ternyata anggapanku silap belaka (dah macam lirik lagu kan?). Pertama kali mengikuti seminar DAO di Kota Bharu. Ternyata DAO ialah seorang yang sangat friendly, lucu dan saaaanngggaaaaattt banyak dengan cerita-cerita yang sarat dengan nasihat!  I like! Dan Nisa terus sahaja mendaftar untuk seminar beliau yang lain. Awesome!


Dr Azizan dulu seorang pembantu makmal. Beliau memang minat berniaga semenjak zaman persekolahan meskipun beliau dari keluarga yang rata-ratanya bekerja sebagai penjawat awam. Beliau mendapat RM 1juta pertama ketika berusia 32 tahun.
Posing bersama bunting DAO...sama tak?

Isteri DAO, Pn Diana, juga seorang jutawan. DAO kata she is a very brilliant lady.

Tak kurang hebat juga jutawan perniagaan korset Premium Beautiful. Dalam kumpulan Nisa, kami sentiasa dilatih dan diberi motivasi oleh dua jutawan suami isteri yang hebat iaitu Kak Siti Rohana dan Abg Azlan Deraman. Mereka dikenali sebagai Sifu Motivasi dan Sifu Strategi, di mana kedua mereka akan sentiasa mendokong team besar Premium Beautiful yang bernaung di bawah Stokis B32, Batu Caves dengan memberi motivasi, serta menysusun strategi jualan yang mudah dan efektif. Sesungguhnya, Nisa sangat bangga mendapat tunjuk ajar daripada kedua-dua mentor hebat ini!

Bersama Kak Siti Rohana yang cun! 


Abang Lan yang sangat sporting!
Inilah dua orang insan yang selalu bagi sokongan kepada team besar Premium Beautiful di Stokis B32, Batu Caves.

In fact, Nisa tergerak hati untuk berniaga korset Premium Beautiful ni selepas bertemu empat mata dengan jutawan yang sangat merendah diri ini. Kami sama dalam beberapa perkara....sama-sama dari Pantai Timur, sama-sama bekerja sebagai guru dan sama-sama ingin mengubah kehidupan dari biasa-biasa kepada luar biasa. Nisa mulanya sangat terkejut bila tahu dengan berniaga korset, kita mampu jana pendapatan sehingga jutaan ringgit. Moralnya, sangat mudah untuk menjadi jutawan yang berjaya!

Kejayaan Kak Siti Rohana, Abg Azlan Deraman dan Irfan Khairi pernah dikongsi dalam majalah Personal Money, sebuah majalah yang menceritakan kejayaan-kejayaan jutawan.  Walaupun ramai yang cakap korset Premium Beautiful tipu, tapi ramai pelanggan kami berpuas hati dengan hasil pemakaian Premium Beautiful yang konsisten.

Kak Ana, Abg Lan & IK dalam Majalah Persona Money

Setelah hampir setahun Nisa bertapak dalam perniagaan ni, tanpa Nisa sedar sebenarnya Nisa dikelilingi oleh jutawan-jtawan Muslim yang hebat! Tak pernah terlintas di fikiran yang suatu hari nanti Nisa akan duduk berdepan, berdiri sebelah dan bergelak ketawa dengan JUTAWAN! 


Dan paling bersyukur, mereka turut mendoakan Nisa agar menjadi jutawan Muslim yang Berjaya suatu hari nanti. Amiiiinnn!

Semoga anda semua juga kaya dan berjaya!


Love,
NISA


e-mail: neesa5686@gmail.com
tel: 013-9270276

0 comments:

Post a Comment